P&P telah dijalankan di Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang. Kelas yang terlibat ialah Kelas 2 Bestari. Proses P&P telah berjalan dengan lancar kerana telah mendapat kerjasama yang baik daripada murid-murid berbantukan alatan mengajar seperti peralatan perkusi (percussion) dan radio.
Blog Archive
Monday, 30 April 2012
Saturday, 21 April 2012
~LAGU TAHUN 2~
Salam semua !
Saya baru sahaja menyiapkan senarai lagu-lagu yang boleh dinyanyikan oleh murid dalam Pendidikan Muzik Tahun 2 di sekolah. Diharap informasi yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua ! (:
Saya baru sahaja menyiapkan senarai lagu-lagu yang boleh dinyanyikan oleh murid dalam Pendidikan Muzik Tahun 2 di sekolah. Diharap informasi yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua ! (:
UNIT
|
JUDUL
LAGU
|
1
|
Mari Bergerak
|
2
|
See Saw
|
3
|
Bunyi Perkusi
|
4
|
Main Muzik
|
5
|
Tidurlah Adik
|
6
|
Ayam Didik
|
7
|
Isai Karuvigal
|
8
|
So Mi
|
9
|
Mari Mencari
|
10
|
Bintang Kecil
|
11
|
Pantun Jenaka
|
12
|
Come Sing With Me
|
13
|
Berlari Di Padang
|
14
|
See See See
|
15
|
Bunyi Di Ladang
|
16
|
See The Pony Galloping
|
17
|
Hidup Semut
|
Friday, 20 April 2012
~RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MUZIK TAHUN 1 KSSR~
Mata Pelajaran dan
Kelas
|
Dunia Muzik ( 1 Arif )
|
Tajuk/Tema
|
Aku dan Muzik
|
Masa
|
30 minit
|
Standard
Pembelajaran
|
1.1.4
|
Objektif
Pembelajaran
|
Pada akhir
pembelajaran murid dapat:
ü Menyanyi Lagu Selamat Pagi mengikut
tempo.
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
1. Murid mendengar lagu Selamat Pagi
sambil
menepuk detik dengan bimbingan
guru.
2. Menyebut lirik lagu Selamat Pagi
dengan
sebutan yang
betul dengan
bimbingan guru.
3. Menyanyi lagu Selamat Pagi
mengikut
tempo dengan bimbingan guru.
4. Menyanyi lagu Selamat Pagi
mengikut
tempo.
5. Menyanyi lagu Selamat Pagi
mengikut
tempo sambil menepuk detik lagu.
|
Elemen Merentas
Kurikulum (EMK)
|
Kreativiti
|
Bahan Bantu Belajar
|
CD 1 Track 01
dan 02
|
Penilaian pengajaran
dan pembelajaran
|
Menyanyi mengikut tempo
|
Refleksi
|
1. 90% murid dapat
menyanyikan lagu
mengikut
tempo.
2. 10% murid masih perlu di beri
latihan
menyanyi mengikut tempo.
Tindakan
Susulan
Pengukuhan
aspek tempo menerusi aktiviti gerakan dan permainan alat muzik dalam
pengajaran dan pembelajaran akan datang
|
Monday, 16 April 2012
~SUKATAN PELAJARAN~
Assalamualaikum, para pembaca semua..(:
Sebelum saya membanjiri blog saya dengan Rancangan Mengajar dan beberapa lagi aktiviti lain, saya ingin berkongsi tentang dokumen-dokumen Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik Tahap 1.
- Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Dunia Muzik Tahun 1
- Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Dunia Muzik Tahun 2
- Sukatan Pelajaran Tahun 3
Sila klik pada pautan di atas untuk mengakses
dokumen berikut. Dokumen-dokumen ini akan menjadi tunjang dalam P&P
kita di sekolah.
~RASIONAL PENDIDIKAN MUZIK DIAJAR DI SEKOLAH~
MUKADIMAH.
Seorang guru muzik seharusnya dapat
memberi rasional atau kewajaran yang meyakinkan mengapa subjek muzik patut
diadakan di dalam kurikulum sekolah. Sekiranya guru Matematik atau Sains
berbuat demikian untuk subjeknya dengan mudah, mengapa tidak guru muzik membuat
hal yang sama?
Muzik ialah satu saluran
unik yang boleh menentukan tahap pencapaian mana-mana tamadun. Hal
ini demikian kerana, segala bentuk seni termasuk muzik dapat membezakan tingkah
laku manusia daripada makhluk yang lain. Malah, kajian-kajian dalam bidang
arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa manusia pernah mengadakan pelbagai
jenis aktiviti muzik sepanjang zaman.
RASIONAL PENDIDIKAN
MUZIK DIAJAR DI SEKOLAH.
1. Muzik merupakan satu bidang
yang kaya
dengan pelbagai jenis pengetahuan,
kemahiran dan cara-cara berfikir yang
berbeza dari zaman ke zaman dan dari satu
lokasi ke satu lokasi. Kebolehan bermain
alat muzik, menyanyi atau menghayati
muzik sama ada untuk menghiburkan diri
ataupun untuk perkembangan intelek
adalah wajar bagi setiap insan.
dengan pelbagai jenis pengetahuan,
kemahiran dan cara-cara berfikir yang
berbeza dari zaman ke zaman dan dari satu
lokasi ke satu lokasi. Kebolehan bermain
alat muzik, menyanyi atau menghayati
muzik sama ada untuk menghiburkan diri
ataupun untuk perkembangan intelek
adalah wajar bagi setiap insan.
2. Salah satu matlamat
pendidikan muzik
ialah mewariskan budaya sesuatu
bangsa termasuk warisan budaya
manusia pada masa silam kepada
generasi muda. Antara komponen
utama dalam mana-mana budaya ialah
ialah mewariskan budaya sesuatu
bangsa termasuk warisan budaya
manusia pada masa silam kepada
generasi muda. Antara
utama dalam mana-mana budaya ialah
amalan muzik
bangsa itu sendiri. Oleh
itu, pengajaran muzik dianggap
sebagai satu wadah yang betul untuk
mencapai objektif ini.
itu, pengajaran
sebagai satu wadah yang betul
mencapai objektif ini.
3. Melalui pengajaran muzik,
guru dapat
mencungkil bakat terpendam yang
ada pada diri pelajar. Potensi dan
mencungkil bakat
ada pada diri pelajar. Potensi dan
bakat yang
ada pada murid sama
pentingnya dengan potensi dan bakat
lain seperti linguistik, yang mana
pentingnya dengan
lain seperti linguistik, yang mana
ialah boleh
dicungkil pada peringkat
awal persekolahan.
awal persekolahan.
4. Muzik merupakan salah satu
mekanisme
untuk menyalurkan sumber
tenaga kreatif
yang semula jadi. Muzik juga memberi
peluang kepada individu untuk
meluahkan perasaan secara sihat.
Dengan secara tidak langsung, individu
terbabit dapat mengurangkan tekanan
yang dihadapi seterusnya dapat
mengimbangi emosi mereka.
untuk
yang semula jadi.
peluang kepada individu untuk
meluahkan perasaan secara sihat.
Dengan secara tidak
terbabit dapat mengurangkan
yang dihadapi seterusnya dapat
mengimbangi
5. Di dalam konteks masyarakat
majmuk di
Malaysia, pembelajaran muzik
di
sekolah-sekolah menjadi alat perpaduan
untuk mengeratkan lagi silaturrahim di
antara kaum Melayu, Cina, India dan
sebagainya supaya mereka boleh
bersatu dan menjalani kehidupan yang
Malaysia,
sekolah-sekolah menjadi
untuk mengeratkan lagi silaturrahim di
antara kaum Melayu, Cina, India dan
sebagainya supaya
bersatu dan menjalani kehidupan yang
muhibah.
6.
Pembelajaran muzik di sekolah-sekolah adalah satu
dimensi yang memberi peluang kepada pelajar untuk
mencapai kejayaan. Hal ini adalah kerana, setiap
murid mempunyai kecenderungan yang berbeza.
Tidak semua pelajar cemerlang dalam bidang
akademik. Sebahagian murid yang tidak berminat
dalam bidang akademik, mungkin cemerlang di
dalam bidang muzik.
murid
Tidak semua
akademik. Sebahagian
dalam bidang akademik,
dalam bidang muzik.
~PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA~
PENGENALAN.
Sejarah
pendidikan muzik di Malaysia bermula dengan penubuhan Penang Free School pada
tahun 1816 oleh pihak British. Penubuhan sekolah ini menjadi perintis kepada
penubuhan sekolah-sekolah Inggeris yang lain seperti di Kuala Lumpur, Melaka
dan Ipoh, Perak. Dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris ini, secara tidak langsung
pembelajaran muzik telah mula diterapkan. pada masa itu, pembelajaran muzik
cuma diadakan di dalam aktiviti ko-kurikulum dan jarang diadakan secara formal.
Semasa kedatangan Jepun, mereka kurang memberi penekanan kepada pembelajaran
muzik di sekolah. Bolehlah dibuat kesimpulan bahawa penjajahan British membawa
bersama budaya orang British yang gemarkan muzik dan secara tidak langsung
diterapkan ke dalam kebudayaan negara yang dijajah.
Penang
Free School Pada Tahun 1816.
PENDIDIKAN MUZIK DI ERA PENJAJAHAN.
Pada era
penjajahan British, pihak Inggeris telah berusaha dengan sengaja untuk memberi
satu gambaran bahawa mereka adalah unggul dan hebat dalam semua aspek kehidupan
seperti pendidikan undang-undang, perubatan, pentadbiran dan politik. Bermula
pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan diikuti dengan beberapa
sekolah Inggeris yang lain seperti di Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Selari
dengan pembukaan sekolah tersebut, pembelajaran muzik seperti koir dan
pancaragam diadakan sebagai aktiviti ko-kurikulum pada masa itu.
Kumpulan
Pancaragam.
Nyanyian
lagu puisi berirama kanak-kanak diadakan semasa mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Pihak Inggeris telah menetapkan setiap sekolah Inggeris mesti mempunyai seorang
guru yang pandai bermain piano atau mempunyai latar belakang formal tentang
muzik. Selain daripada itu, nyanyian lagu kanak-kanak, seriosa atau rakyat dari
Barat turut diadakan semasa pembelajaran bahasa Inggeris. Hal yang demikian
adalah diharapkan para pelajar bertambah kukuh pemahamannya terhadap subjek
Bahasa Inggeris itu sendiri.
Piano
Penekanan
tentang pembelajaran muzik cuma bertumpu kepada sekolah-sekolah vernakular
beraliran Inggeris. Sekolah vernakular yang lain seperti sekolah Melayu, Cina
dan India tidak menitikberatkan langsung subjek ini menyebabkan mereka
ketinggalan jauh.
Semasa
penjajahan Jepun, mereka tidak memberi perhatian kepada subjek muzik. Apa yang
berlaku ialah para pelajar dikehendaki menyanyi lagu-lagu patriotik Jepun
seperti Lagu "Kimigayo" dan lagu rakyat Jepun. Namun, pendidikan
muzik pada zaman pemerintahan Jepun jelas dipinggirkan dan tidak mempunyai
kesan lantaran jangka masa penjajahan mereka yang singkat. Selepas berakhirnya
Perang Dunia Kedua, pihak British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Pada
masa itu, pelajar di sekolah vernakular dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rasmi
negeri bersama-sama lagu kebangsaan Britain, iaitu "God Save The
King" dalam upacara perhimpunan sekolah.
Lagu
Kebangsaan Jepun.
Pada
tahun 1950-an, mata pelajaran muzik mula disiarkan oleh Radio Malaya, tetapi
hanya bertumpu di sekolah-sekolah di bandar. Ketika itu, para pelajar dikehendaki
pergi ke dewan sekolah bagi mengikuti siaran tersebut. Permainan alat-alat
perkusi bagi mengiringi nyanyian turut diadakan di sekolah-sekolah Inggeris.
Kumpulan-kumpulan koir, rekoder dan brass
band mengambil tempat untuk
membuat persembahan ketika hari ucapan, hari sukan dan ketika upacara sambutan
kedatangan orang-orang kenamaan. Namun begitu, keistimewaan ini tidak dinikmati
oleh sekolah-sekolah di luar bandar.
PENDIDIKAN
MUZIK SELEPAS MERDEKA.
Sekitar
tahun 1960-an dan 1970-an, kumpulan pancaragam muzik serta angklung mula
mendapat tempat di sekolah-sekolah mubaligh Kristian seperti Sekolah Anglo
Chinese, Sekolah Convent dan Sekolah Methodist. Adalah menjadi kebanggaan jka
sekolah-sekolah ini mempunyai pasukan koir atau pasukan pancaragam mereka sendiri.
Dari sudut yang lain pula, sekolah-sekolah Melayu seolah-olah ketinggalan dan
terpinggir sehinggalah sekitar tahun 1970-an, terdapat inisiatif untuk
mengadakan pembelajaran muzik secara sampingan di sekolah-sekolah
tersebut.
Victoria
Institution, Kuala Lumpur.
Pada
tahun 1972, subjek muzik telah menjadi subjek pilihan di dalam peperiksaan
Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sukatan pelajaran muzik SRP ini jelas mempunyai
pengaruh dari sukatan pelajaran Associated Board of Royal Schools of Music
(ABRSM), London. Pada tahun 1959, Maktab Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur
telah ditubuhkan dan peranannya adalah untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemahiran khas. Salah satu subjek yang ditawarkan ialah subjek Muzik.
Guru-guru yang berminat di dalam bidang muzik dianggap layak untuk memasuki
maktab ini. Sekitar tahun 1984, pendidikan muzik telah disediakan di peringkat
diploma di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah alam yang kini dikenali
sebagai Universiti Teknologi Mara (UITM). Berikutan timbul kesedaran tentang
kepentingan muzik pihak ITM telah menyediakan satu pusat etnomusikologi untuk
memperkembangkan muzik tradisional di Malaysia.
Logo
Institut Perguruan Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur.
Di
samping itu, pendidikan muzik formal juga diajar oleh sektor swasta. Pengajaran
piano dan gitar boleh didapati di kelas-kelas muzik swasta. Perkembangan ini
sangat memberangsangkan dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan muzik
semakin bertambah. Walau bagaimanapun, hanya golongan yang
berada dan mampu sahaja berpeluang untuk mendapat keistimewaan
ini. Selain itu, perkembangan pendidikan muzik berkembang melalui latihan luar
negara dalam bidang muzik. Kerajaan mula menghantar beberapa guru terlatih yang
mempunyai minat dan kelayakan formasi dalam muzik di England untuk mengikuti
kursus muzik peringkat diploma mulai tahun 1960-an.
Pada
Disember 1990, sukatan pelajaran bagi kursus khas pendidikan muzik diselaraskan
dengan subjek kursus asas. Oleh itu, semua bidang baharu tersebut seperti
pedagogi muzik, penghayatan muzik, amali dan sejarah muzik diadakan buat
pertama kalinya di Malaysia pada tahun 1991.
KESIMPULAN.
Sejarah
perkembangan muzik di Malaysia melalui pelbagai peringkat perkembangan yang
akhirnya membawa kepada pengiktirafan dalam pendidikan formal di Malaysia.
Subjek muzik mula ditawarkan di peringkat SRP dan berkembang hingga
ke universiti tempatan dan institut-institut perguruan. Minat
masyarakat terhadap muzik terutama dalam kehidupan sangat penting untuk
menghilangkan ketegangan, memberi hiburan dan menjadi sumber rezeki kepada
seseorang individu. Kesedaran tentang kepentingan mengekalkan
muzik tradisi rakyat sudah mula dirasakan. Pihak-pihak tertentu turut
berusaha memulakan program muzik tradisional sebagai aktiviti ko-kurikulum di
beberapa sekolah yang terpilih di Malaysia agar ia terus berkembang dan
mendapat tempat di hati masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)