Monday 16 April 2012

~MUZIK~





   DEFINISI MUZIK.         
                                                  
                 Muzik ialah bunyi yang diterima oleh seseorang bergantung kepada sejarah, budaya, cita rasa dan lokasi seseorang. Muzik mempunyai definisi yang berbeza. Ada yang menyatakan ia bunyi yang sedap didengar. Segelintir individu pula menyatakan muzik itu ialah bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau secara berkumpulan. Walaupun muzik sejenis fenomena intuisi, tetapi untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah satu seni. Muzik adalah sejenis hiburan.Ia boleh dibunyikan dengan gabungan beberapa alat muzik menjadikannya sangat unik.





Nota Muzik Abad Pertengahan Sekolah Muzik Yunani era Renaisance 

   SEJARAH MUZIK.   

                 Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia sekitar 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu. Tidak seorang pun yang mengetahui bila muzik itu bermula. Penemuan arkeologi di lokasi seperti benua Afrika dalam lingkungan 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu menunjukkan bahawa manusia mengalami perubahan evolusi terutama kepada pemikiran otak mereka. Manusia adalah lebih pintar daripada haiwan. Dengan keupayaan ini, mereka berfikiran lebih maju hinnga ke sebalik realiti dan mencapai imaginasi dan spiritual. Manusia mula membentuk bahasa perhubungan di antara mereka. Manusia juga mula mencipta bunyi hasil daripada ketukan kayu atau tulang yang mana mereka mula berfikir bahawa bunyiyang dhasilkan dapat menghiburkan hati mereka. Lantas, mereka mereka mendapat inspirasi dari pemerhatian terhadap alam semula jadi seperti angin menghembus ke rongga kayu atau bambu yang boleh mengeluarkan bunyi. Sebagai contoh, kayu dibuat lubang, kemudian ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan takut dan gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair. Mungkin mereka mendapat ilham daripada kicauan burung, justeru mereka mula meniru  bunyi burung tersebut. Atau mungkin juga secara tidak sengaja mereka mengetuk kayu yang berongga lalu menghasilkan bunyi yang kuat. Kulit binatang pula ditutup pada rongga kayu menjadi gendang, dipalu menjadi irama purba.



   MUZIK MODEN.   

Muzik masa kini atau lebih dikenali sebagai muzik moden terhasil daripada perjalanan dan perkembangan sejarah itu sendiri. Pertembungan budaya akibat perdagangan dan penaklukan membawa kepada penyebaran muzik dan budaya dari tamadun-tamadun tersebut ke seluruh dunia. Sebagai contoh, pertembungan Jalan Sutera antara timur dan barat, perluasan empayar seperti Greek dan Rom serta perpindahan manusia ke benua baru seperti Amerika Utara,   Amerika Selatan dan benua Asia. Penciptaan dan inovasi yang terbit daripada kemahuan manusia untuk merakamkan bunyi persekitarannya menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph dan gramophone pada akhir abad ke-19. Dengan terciptanya radio dan televisyen, muzik dapat diakseskan ke seluruh dunia.


Gramophone


   PERANAN MUZIK.   

1.    Muzik Sebagai Alat Hiburan.

Gabungan pelbagai muzik daripada pelbagai genre seperti ROCK, JAZZ , BALLAD, HIP-HOP, POP dan KLASIK dapat menenangkan fikiran manusia dan mengurangkan kebosanan dan tekanan. Hal ini terbukti apabila kita dilanda kesedihan atau kekecewaan, fikiran kita akan mengelamun sambil mendengar lagu-lagu yang mengasyikkan. Begitu juga ketika kita bersemangat dan bersungguh-sungguh, halwa telinga kita ingin mendengar track-track lagu yang rancak dan bertenaga.


Menenangkan Fikiran Dengan Muzik.

2.    Muzik Sebagai Wadah Menaikkan Semangat 
       Patriotisme Dan Nasionalisme.

Semangat cintakan negara atau semangat nasionalisme dapat dibina melalui lagu patriotik seperti "Negaraku" yang mana liriknya penuh dengan unsur-unsur cintakan tanah air, kasih terhadap bangsa, agama dan negara. Menerusi semangat inilah, negara kita, Malaysia dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat negara lain.


Jalur Gemilang

3.    Muzik Sebagai Nasihat Dan Pengajaran.

Lagu-lagu tradisional seperti dondang sayang, keroncong dan ghazal banyak memberi kita input yang berguna di dalam bentuk pantun nasihat yang dinyatakan secara halus dan berseni. Pada masa kini, unsur-unsur nasihat masih lagi boleh didapati dalam lagu yang berirama balada dan irama nusantara.


Dondang Sayang Sri Mersing

4.    Muzik Sebagai Punca Rezeki.

Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa dengan berkembangnya ekonomi negara dan keadaan tanah air kita yang makmur, menyebabkan industri hiburan seperti muzik berpeluang untk menjana pendapatan. Hal yang demikian dapat dilihat dengan tertubuhnya syarikat-syarikat rakaman seperti EMI, SONY MUSIC dan KRU RECORDS yang mana memberi peluang kepada penyanyi tempatan untuk mencari rezeki.


Bangunan KRU Records di Kuala Lumpur.

5.    Muzik Sebagai Perantara Dalam Sesuatu Upacara 
       Tradisional Dan Adat Istiadat.

Dalam masyarakat kita, peranan muzik di dalam upacara tradisional dan adat istiadat sememangnya tidak dapat dipisahkan. Sebagai contoh, di dalam majlis kenduri-kendara seperti majlis perkahwinan atau  majlis cukur jambul, pasukan kompang akan mengiringi majlis tersebut. Semasa upacara kematian bagi masayarakat Cina, satu pasukan perkusi akan memainkan beberapa buah lagu sambil mengiringi perjalanan si mati dari rumah hingga ke kubur.


Paluan Kompang Mengiringi Pengantin.

No comments:

Post a Comment